Monday, July 4, 2022 1 comments

Berehat

 Lega rasanya hari ni bila dia akhirnya berkesempatan untuk ke pusat kitar semula. Dah lama buku-buku lama yang nak didermakan tu terjelepuk di tepi rak buku, sakit mata menengoknya. Apakan daya, masa tak mengizinkan lagi-lagi sejak dia terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya 2 jam ke tempat kerja dan 2 jam perjalanan balik. Banyak masa yang terbazir hanya di jalanan.

Sesekali terpaksa mengambil cuti untuk urusan2 peribadi tapi diganggu juga oleh email2 urgent atau mesej2 melalui whatsapp yang wajib dijawab. Haru betul. Lainlah cerita kalau gaji berkepuk.

Oklah, lebih baik dia sambung berehat sebentar. Rehat fizikal dan emosi.

Sunday, July 3, 2022 0 comments

Erti pada Mimpi

 Tahun 2022 dah pun berlalu separuh tahun. Akhirnya barulah dia dapat meneliti sebentar minatnya yang dah lama terbengkalai.  Entah apa yang menghalangnya. Tak sempat sentiasa meniti di bibir mulut. 

Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Dia mengomel sendiri di dalam hati. Kalau begini, sampai bila-bila pun tak akan sempat. Harapkan mimpi saja nampaknya, tiada tindakan untuk menjadikan mimpi satu realiti. Getus hatinya, geram pada diri sendiri.

Hari ini dia mengambil cuti rehat daripada kerja yang tak akan pernah selesai walaupun seribu tahun lagi. Badannya penat, mentalnya lelah. 

"Sampai bila aku nak bekerja macam ni?" Setiap hari kelam kabut dan terkejar-kejar. Pelik betul dengan gaya kerja begitu. Seakan orang yang tenang-tenang sahaja tak perform dalam kerja. Tak faham apa yang dikejar tapi tak menyelesaikan masalah pun. Sekadar mencari jalan untuk menutup masalah segera umpama menyapu di bawah carpet.

Jarinya laju mengetik-ngetik papan keyboard. Konon-kononnya mencari kerja kosong. Bosan dah rasanya kerja 8-5 yang sudah seakan tiada makna.

Jiwanya meronta. Bukan kerana kerja. Kerja berat bagaimanapun tapi jika ada tujuan yang bemakna bukanlah satu masalah bagi dirinya. Dia sanggup. Tapi kerana hala tuju yang merapu.

Dia fikir dia ada pilihan. Apa salahnya. Yang penting, perancangan dan strategi mesti betul. Jangan buat tindakan semberono. Kelak merana diri.

Sekurang-kurangnya itulah motivasinya untuk hari ini. 

Mimpi tanpa tindakan manakan bererti. Misinya hari ini ialah memberi erti pada mimpinya.

InsyaAllah.



Thursday, February 4, 2021 0 comments

Pagi yang Indah

 Selamat Pagi Dunia!


Alhamdulillah, dia dapat tidur lena malam semalam. Tidurnya tak terganggu dek mimpi ngeri ataupun rasa-rasa tak selesa. Pagi ni rasa segar bila bangun. Seronok bangun awal-awal pagi, rasa nyaman, tenang...mandi air sejuk! Petua orang dulu2 katanya, mandi air sejuk boleh menguatkan tulang especially kalau mandi sebelum subuh. Tapi mulakan dengan menyiram kaki dulu supaya badan kita tak terkejut sangat. Petua orang2 dulu ni maybe tiada bukti saintifik tapi kalau yang tak memudaratkan, apa salahnya diamalkan. Arwah nenek yang meninggal sewaktu umurnya 100 tahun tu memang sejenis kuat dengan disiplinnya. Bangun pagi jangan terus bangun, buat senaman2 ringan dulu di atas katil, lunjurkan kaki, buat stretching dulu. Tapi dia...hmmmm selalu lupa nak buat. Kringggggg! Bunyi jam loceng yang entah ke berapa kali, terus bingkas bangun sebab takut lewat. Memang patutlah makin kerap sakit2 badan sekarang, tak dengar cakap orang2 tua :p

Dia paling suka matahari pagi masuk ke dalam rumah. Feeling tu best sangat! Rasa macam sanitise rumah semula jadi. Kalau boleh nak dibukanya semua tingkap2, cuma duduk kawasan perumahan di bandar ni kadang2 kurang privacy, tambahan lagi ada rumah yang bunyi bisingnya satu kampung boleh dengar.




Apa agaknya lagi yang paling dia suka waktu pagi?

Siram pokok dan berbasikal sambil dengar lagu Korea! Walaupun scenery keliling taman perumahan ni tak seindah dalam K-Drama, tapi bila layan lagu2 Korea pagi2 ni, bolehlah feeling2 macam berbasikal dengan scenery cantik South Korea tu. Hmmm...dia selalu rasa macam nak berhijrah terus je ke sana :p



Cuma ada satu perkara ni yang dia tak boleh miss waktu pagi. Kalau tak moodnya boleh ke laut.
Coffee! Actually, dia selalu minum nescafee susu panas, barulah rasa lengkap paginya. Kalau tak, boleh rasa stress sampai sakit kepala. Tahap addicted hihi.



Harinya bermula dengan secawan kopi panas.


1 comments

Tahun 2020-2021 : Berkongsi nasihat yang sama!

 








Monday, February 1, 2021 0 comments

Dah masuk Februari 2021!

 Laju betul masa berlalu. Sejak masuk tahun baru 2021, belum sempat lagi menjenguk ke sini, tup tup dah masuk bulan Februari.

Makin teruk rasanya tak pandai manage masa. Banyak benda terpaksa diletakkan bawah mode Work In Progress. Cuba laju sikit. Laju macam Covid-19? Opps!



Monday, August 24, 2020 0 comments

Because this is my first life

 

Saturday, August 22, 2020 0 comments

Hari Ahad

 Perasaannya selalu bercampur baur bila tiba hari Ahad. Seronok kerana cuti umum tapi seakan stress mengenangkan esok ialah hari Isnin. Kena pergi kerja dan melayan pelbagai kerenah. Isnin selalunya akan jadi hari yang agak kecoh. Mesyuarat yang tiba-tiba dimaklumkan secara short noticed, ada anggota yang tiba-tiba buat hal ambil emergency leave, datelines, discussions. Seolah-olah fikiran bos atasan ni ligat berputar semasa hari Sabtu dan Ahad memikirkan apa arahan yang diberi pada hari Isnin. Aduhaiii.... Tak reti menikmati hari minggu agaknya.

Bak kata orang,  mood sering kelaut pada pagi Isnin. Bila sampai pejabat, biasanya dia akan duduk sebentar di dalam kereta, dengar lagu dan merehatkan fikiran sebentar daripada stress melawan kesesakan lalu lintas yang over sesak pagi Isnin!

Patutlah Isnin dikaitkan dengan monday blues! Kesiannn hari Isnin yang tak bersalah.

Oklah kita cuba relax sekejap hari Ahad ni tanpa memikirkan Isnin.


Thursday, August 20, 2020 0 comments

Cepatlah berlalu!

 Hari Jumaat selalunya merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu. Namun kerana perkara yang satu itu, mood dia betul-betul terganggu! Frust betul dia bila menjadi mangsa tindakan orang lain.

Nak dibiarkan dan diterima bulat-bulat memang mustahil. Nak tak nak terpaksa dia memaksa diri berdegil untuk tidak menerima macam tu saja. Arrghhhh! Stressnya rasa.

Macam ni lah kalau bekerja dalam satu jabatan. Macam-macam kerenah manusia. Kadang-kadang pahit betul untuk ditelan. Ada masa, ditelan salah, diluah salah. Semua jadi serba salah.

Semoga ada berita baiknya buatnya esok. Mesti tidur pun kurang lena nampaknya malam ini. 


Wednesday, August 19, 2020 0 comments

Unforgettable travel experiences in South Korea

 1. Hiking Seoraksan (most famous national park) especially during autumn. Enjoy the rocky cliffs, waterfalls and quiet valleys blanketed by snow in the winter and flowering trees in the spring.

2. South Korea's market especially Namdaemun Shijang in Seoul.

3. Taking a boat to one of the many small coastal islands. One of the best routr is to take a 4- hour ride from Tongyeoung, which includes Somaeumul-do and other islands in the Hallyeo Haesang National Marine Park.

4. Seeing a traditional performance - pansori (Korea's wailing blues), a mask dance or hallowed sound of the bamboo daegeum (flute).

5. Seeing the city lights twinkling below from Namsan (Seoul) - Seoul tower on top of Namsan gives you the best view of the city (don't forget to add a key lock to the thousands already left by lovers along the viewing platform).

6. Taking a night cruise along the Han River (Seoul) - catch a ferry from a dock in Yeouido.

7. Contemporary art in Insadong, the traditional art district.

8. Enjoying an Al Fresco Cup of Joe (coffee) on Gwangalli Beach (Busan)

Reference : Frommer's South Korea

Tuesday, July 21, 2020 0 comments

Hello Korea!

SEOUL - a city with efficient subway system from Apgujeoung to Changdeokgung. High-speed KTX train to Gyeongju (South Korea's historic sites) or beaches of Busan.
Islands view from the cable car atop Tongyeoung and shrubs of green tea growing on soft hillsides in Boseong.

Cherry blossoms bloom in the spring or autumn especially in Seoraksan. Mountainous terrain or quieter temples.

Jeju-do - beach towns specialize in hwae (raw fish) and other seafood, such as shellfish hand-caught by women divers.
Gangwon-do - known for its potatoes. Jinju for its bibimbap (mixed rice bowl) and Danyang for its garlic.
Grill meat, naengmyeon (buckwheat noodles) or spicy boong-uh bbang (goldfish cookies).

Busan and Haeundae has wide sandy beaches. Gangwon-do's rocky coasts cascade down to dramatic waves. Jeju-do has unforgettable coasts, created when volcanic lava cooled quickly in the surrounding sea. Jeolla-do, Gyeongsang-do, Goseong - tiny islands.

Reference : Frommer's South Korea
Sunday, July 19, 2020 0 comments

Hello Korea


 
;