Thursday, June 8, 2023 0 comments

Kenangan Indah di Pulau Udo

Pulau Udo yang terletak di pantai timur Pulau Jeju, Korea Selatan terkenal dengan keindahan alamnya yang memukau. 

Zara seorang wanita muda yang berasal dari Kuala Lumpur dan Hafiz adalah seorang photographer yang telah lama menetap di Pulau Udo.

Zara datang ke pulau tersebut untuk melarikan diri dari kehidupan yang sibuk dan mencari inspirasi untuk novelnya. Di Udo, dia terpesona dek keindahan alam, pantai berpasir putih dan laut biru yang menenangkan. 

Hafiz bertemu dengan Zara saat ia sedang memotret keindahan alam dengan lensa kameranya. Keduanya tertarik di antara satu sama lain dan berkongsi minat yang sama terhadap seni dan keindahan alam. Mereka menghabiskan banyak waktu bersama, menjelajahi pulau, dan bertukar kisah hidup masing-masing. 

Setiap momen yang mereka habiskan bersama menebalkan rasa saling mengerti dan kasih di antara mereka. Namun, tidak ada cinta tanpa rintangan. Zara harus kembali ke Malaysia. Mereka berjanji untuk tetap saling berhubungan. Jarak dan waktu menjadi ujian bagi cinta mereka. 

Pulau Udo menjadi saksi dari perjalanan cinta mereka dan janji untuk kembali bersama.



0 comments

Matahari Terbit di Puncak Jeju

Seongsan Ilchulbong Tuff Cone terletak setinggi 180 meter dan terbentuk akibat ledakan di bawah laut sekitar 5,000 tahun yang lalu. Gunung ini memiliki kawah berbentuk mangkuk dengan pelbagai struktur di sepanjang tebing pantai, menjadikannya sebagai salah satu Warisan Dunia UNESCO dan Global Geopark.

Puncaknya dianggap sebagai puncak terbaik untuk menyaksikan matahari terbit yang indah. Tambahan pula, Pulau Jeju dikelilingi oleh garis pantai yang menakjubkan dan air laut berwarna biru mempesona.

Setiap pagi, puncak ini menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menyaksikan keindahan matahari terbit di Pulau Jeju.

Ailia tiba di Pulau Jeju dengan hati yang berbunga-bunga. Dia merasa terpesona oleh keindahan alam pulau tersebut dari pandangan pertamanya. Ailia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dari puncak Seongsan Ilchulbong Tuff Cone. Selepas subuh Ailia telah memulakan langkah ke puncak. Ramai rupanya yang memiliki tujuan yang sama sepertinya.

Saat waktu matahari terbit makin hampir, mereka menatap ke arah laut dengan penuh harap. Alam pun memberikan pertunjukan luar biasa. Cahaya jingga mulai menyinari langit timur, dan sinar matahari perlahan naik di atas garis horizon. Sinar keemasan menyinari lautan biru, menciptakan pemandangan yang begitu memesona.

Ailia dan para pengunjung lainnya terpesona oleh keindahan yang mereka saksikan. Mereka mengabadikan momen matahari terbit dan menerangi pulau itu dengan kehangatan dan keceriaan sebagai kenangan yang tak akan terlupakan. Ailia membawa pulang kenangan indah dan inspirasi baru dalam hatinya.

Pulau Jeju menjadi saksi bagaimana keindahan alam dapat membawa kedamaian dan kegembiraan.



Thursday, March 30, 2023 0 comments

Book Cafe, Korea Selatan

 Annyeonghaseyo. Secawan Americano sejuk, please.

Sure.. Milk or sugar?

Plain sahaja.

Ada apa-apa lagi?

Itu sahaja, terima kasih. Ramai customer hari ni nampaknya.

Ya betul, terutamanya pada musim summer seperti ini, ramai yang suka datang dan duduk santai sambil minum coffee.

Suasana di sini sangat menyenangkan, tambahan lagi ada banyak  buku-buku di rak.

Terima kasih, kami akan cuba memberikan pengalaman terbaik pada pelanggan2 kami. Enjoy your coffee.

0 comments

Nature's Symphony

The rustling of leaves
The chirping of birds
The gurgling of brooks
The buzzing of bees

The pitter-patter of rain
The rumbling of thunder
The crackling of fire
The whispering of wind

All are notes in nature's symphony
A harmony that soothes the soul
A melody that delights the heart
A rhythm that moves the spirit

In nature's symphony
We hear the voice of the divine
And we are reminded
Of the beauty and majesty of life

So let us listen
To nature's symphony
And be filled with wonder
And gratitude for this precious gift.




0 comments

Ramblings (Again)

 Sebuah kisah perjalanan bersama masa. Semua orang belajar dan membesar tetapi belum tentu dewasa.

A story of self growth, whether it's about finding and improving one own self, as well as reminding ourselves that we merely regular human beings.

Angin datang membawa salam. Bibir mengukir senyum. Walau hati tak mampu menafsir.

Merenung pemandangan, mengundang pelbagai rasa. Monolog sendiri.

Jalan hidup ini memang banyak simpang dan bonggol yang tak diduga. Yang berlaku tiba-tiba dan tak tersangka.

0 comments

Ramblings

 Relatable. Comfort. Escapism.

Berdamai dengan takdir dan masa silam. Pelbagai rasa.

Sometimes, this world is just weird.

Keluar dari comfort zones, dari yang membatasi potensi diri sebenar.

"Some things in life are too complicated to explain in any language" - Haruki Murakami -

The absence of hope. Some people understand, some will judge. But there are also people that will not give up on us.


Monday, July 4, 2022 1 comments

Berehat

 Lega rasanya hari ni bila dia akhirnya berkesempatan untuk ke pusat kitar semula. Dah lama buku-buku lama yang nak didermakan tu terjelepuk di tepi rak buku, sakit mata menengoknya. Apakan daya, masa tak mengizinkan lagi-lagi sejak dia terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya 2 jam ke tempat kerja dan 2 jam perjalanan balik. Banyak masa yang terbazir hanya di jalanan.

Sesekali terpaksa mengambil cuti untuk urusan2 peribadi tapi diganggu juga oleh email2 urgent atau mesej2 melalui whatsapp yang wajib dijawab. Haru betul. Lainlah cerita kalau gaji berkepuk.

Oklah, lebih baik dia sambung berehat sebentar. Rehat fizikal dan emosi.

Sunday, July 3, 2022 0 comments

Erti pada Mimpi

 Tahun 2022 dah pun berlalu separuh tahun. Akhirnya barulah dia dapat meneliti sebentar minatnya yang dah lama terbengkalai.  Entah apa yang menghalangnya. Tak sempat sentiasa meniti di bibir mulut. 

Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Dia mengomel sendiri di dalam hati. Kalau begini, sampai bila-bila pun tak akan sempat. Harapkan mimpi saja nampaknya, tiada tindakan untuk menjadikan mimpi satu realiti. Getus hatinya, geram pada diri sendiri.

Hari ini dia mengambil cuti rehat daripada kerja yang tak akan pernah selesai walaupun seribu tahun lagi. Badannya penat, mentalnya lelah. 

"Sampai bila aku nak bekerja macam ni?" Setiap hari kelam kabut dan terkejar-kejar. Pelik betul dengan gaya kerja begitu. Seakan orang yang tenang-tenang sahaja tak perform dalam kerja. Tak faham apa yang dikejar tapi tak menyelesaikan masalah pun. Sekadar mencari jalan untuk menutup masalah segera umpama menyapu di bawah carpet.

Jarinya laju mengetik-ngetik papan keyboard. Konon-kononnya mencari kerja kosong. Bosan dah rasanya kerja 8-5 yang sudah seakan tiada makna.

Jiwanya meronta. Bukan kerana kerja. Kerja berat bagaimanapun tapi jika ada tujuan yang bemakna bukanlah satu masalah bagi dirinya. Dia sanggup. Tapi kerana hala tuju yang merapu.

Dia fikir dia ada pilihan. Apa salahnya. Yang penting, perancangan dan strategi mesti betul. Jangan buat tindakan semberono. Kelak merana diri.

Sekurang-kurangnya itulah motivasinya untuk hari ini. 

Mimpi tanpa tindakan manakan bererti. Misinya hari ini ialah memberi erti pada mimpinya.

InsyaAllah.



Thursday, February 4, 2021 0 comments

Pagi yang Indah

 Selamat Pagi Dunia!


Alhamdulillah, dia dapat tidur lena malam semalam. Tidurnya tak terganggu dek mimpi ngeri ataupun rasa-rasa tak selesa. Pagi ni rasa segar bila bangun. Seronok bangun awal-awal pagi, rasa nyaman, tenang...mandi air sejuk! Petua orang dulu2 katanya, mandi air sejuk boleh menguatkan tulang especially kalau mandi sebelum subuh. Tapi mulakan dengan menyiram kaki dulu supaya badan kita tak terkejut sangat. Petua orang2 dulu ni maybe tiada bukti saintifik tapi kalau yang tak memudaratkan, apa salahnya diamalkan. Arwah nenek yang meninggal sewaktu umurnya 100 tahun tu memang sejenis kuat dengan disiplinnya. Bangun pagi jangan terus bangun, buat senaman2 ringan dulu di atas katil, lunjurkan kaki, buat stretching dulu. Tapi dia...hmmmm selalu lupa nak buat. Kringggggg! Bunyi jam loceng yang entah ke berapa kali, terus bingkas bangun sebab takut lewat. Memang patutlah makin kerap sakit2 badan sekarang, tak dengar cakap orang2 tua :p

Dia paling suka matahari pagi masuk ke dalam rumah. Feeling tu best sangat! Rasa macam sanitise rumah semula jadi. Kalau boleh nak dibukanya semua tingkap2, cuma duduk kawasan perumahan di bandar ni kadang2 kurang privacy, tambahan lagi ada rumah yang bunyi bisingnya satu kampung boleh dengar.




Apa agaknya lagi yang paling dia suka waktu pagi?

Siram pokok dan berbasikal sambil dengar lagu Korea! Walaupun scenery keliling taman perumahan ni tak seindah dalam K-Drama, tapi bila layan lagu2 Korea pagi2 ni, bolehlah feeling2 macam berbasikal dengan scenery cantik South Korea tu. Hmmm...dia selalu rasa macam nak berhijrah terus je ke sana :p



Cuma ada satu perkara ni yang dia tak boleh miss waktu pagi. Kalau tak moodnya boleh ke laut.
Coffee! Actually, dia selalu minum nescafee susu panas, barulah rasa lengkap paginya. Kalau tak, boleh rasa stress sampai sakit kepala. Tahap addicted hihi.



Harinya bermula dengan secawan kopi panas.


1 comments

Tahun 2020-2021 : Berkongsi nasihat yang sama!

 








Monday, February 1, 2021 0 comments

Dah masuk Februari 2021!

 Laju betul masa berlalu. Sejak masuk tahun baru 2021, belum sempat lagi menjenguk ke sini, tup tup dah masuk bulan Februari.

Makin teruk rasanya tak pandai manage masa. Banyak benda terpaksa diletakkan bawah mode Work In Progress. Cuba laju sikit. Laju macam Covid-19? Opps!



 
;