Showing posts with label Kam-sa-ham-ni-da. Show all posts
Showing posts with label Kam-sa-ham-ni-da. Show all posts
Monday, July 4, 2022 1 comments

Berehat

 Lega rasanya hari ni bila dia akhirnya berkesempatan untuk ke pusat kitar semula. Dah lama buku-buku lama yang nak didermakan tu terjelepuk di tepi rak buku, sakit mata menengoknya. Apakan daya, masa tak mengizinkan lagi-lagi sejak dia terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya 2 jam ke tempat kerja dan 2 jam perjalanan balik. Banyak masa yang terbazir hanya di jalanan.

Sesekali terpaksa mengambil cuti untuk urusan2 peribadi tapi diganggu juga oleh email2 urgent atau mesej2 melalui whatsapp yang wajib dijawab. Haru betul. Lainlah cerita kalau gaji berkepuk.

Oklah, lebih baik dia sambung berehat sebentar. Rehat fizikal dan emosi.

Thursday, February 4, 2021 1 comments

Tahun 2020-2021 : Berkongsi nasihat yang sama!

 








Saturday, August 22, 2020 0 comments

Hari Ahad

 Perasaannya selalu bercampur baur bila tiba hari Ahad. Seronok kerana cuti umum tapi seakan stress mengenangkan esok ialah hari Isnin. Kena pergi kerja dan melayan pelbagai kerenah. Isnin selalunya akan jadi hari yang agak kecoh. Mesyuarat yang tiba-tiba dimaklumkan secara short noticed, ada anggota yang tiba-tiba buat hal ambil emergency leave, datelines, discussions. Seolah-olah fikiran bos atasan ni ligat berputar semasa hari Sabtu dan Ahad memikirkan apa arahan yang diberi pada hari Isnin. Aduhaiii.... Tak reti menikmati hari minggu agaknya.

Bak kata orang,  mood sering kelaut pada pagi Isnin. Bila sampai pejabat, biasanya dia akan duduk sebentar di dalam kereta, dengar lagu dan merehatkan fikiran sebentar daripada stress melawan kesesakan lalu lintas yang over sesak pagi Isnin!

Patutlah Isnin dikaitkan dengan monday blues! Kesiannn hari Isnin yang tak bersalah.

Oklah kita cuba relax sekejap hari Ahad ni tanpa memikirkan Isnin.


Wednesday, June 24, 2020 0 comments

Mimpi Indah

Lokasi : Atas katil. Dalam rumah.

Setelah seharian dengan aktiviti dan pelbagai kerenah hidup, waktu tidur adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu. Kalaulah tidur itu boleh dianggap hobi, mesti bestkan. Tiada sesiapa boleh pertikaikan kalau kuat tidur!

Sambil menikmati bahagianya bila badan dapat berehat di atas tilam, fikirannya mula berangan-angan. Angan-angan yang manis2 dan indah2 pastinya. Moga terbawa dalam mimpi.

Selamat malam.


Tuesday, June 23, 2020 0 comments

Hello Sunshine!

Lokasi : Taman Tasik.

Seingat-ingat dia, dah lama sangat rasanya dia mengikut rasa malas untuk membuat aktiviti luar atau riadah. Kebanyakan masanya dihabiskan untuk duduk di depan komputer atau melayan social media di telefon. Sampai kebas2 jari asyik memegang telefon. Kata orang sekarang, berjahit telefon di tangan!

Walaupun cukup kagum dengan budaya orang Korea yang rata2 lebih suka berjalan kaki, dia masih lagi kalah pada alasan. Alah, cuaca Malaysia panas tak sesejuk dan sesegar cuaca di Korea. Korea banyak tempat yang sesuai untuk pejalan kaki. Malaysia? Dan macam2 lagi walaupun hakikatnya nak pergi kedai yang sepelaung pun menaiki kereta dengan alasan tak larat nak bawa barang2 yang berat. Selagi boleh beri alasan, apa salahnya.

 Pagi ini ada masa terluang. Masa untuk menyeret diri sendiri beriadah. Cukup2lah beralasan.




 
;