Saturday, August 22, 2020

Hari Ahad

 Perasaannya selalu bercampur baur bila tiba hari Ahad. Seronok kerana cuti umum tapi seakan stress mengenangkan esok ialah hari Isnin. Kena pergi kerja dan melayan pelbagai kerenah. Isnin selalunya akan jadi hari yang agak kecoh. Mesyuarat yang tiba-tiba dimaklumkan secara short noticed, ada anggota yang tiba-tiba buat hal ambil emergency leave, datelines, discussions. Seolah-olah fikiran bos atasan ni ligat berputar semasa hari Sabtu dan Ahad memikirkan apa arahan yang diberi pada hari Isnin. Aduhaiii.... Tak reti menikmati hari minggu agaknya.

Bak kata orang,  mood sering kelaut pada pagi Isnin. Bila sampai pejabat, biasanya dia akan duduk sebentar di dalam kereta, dengar lagu dan merehatkan fikiran sebentar daripada stress melawan kesesakan lalu lintas yang over sesak pagi Isnin!

Patutlah Isnin dikaitkan dengan monday blues! Kesiannn hari Isnin yang tak bersalah.

Oklah kita cuba relax sekejap hari Ahad ni tanpa memikirkan Isnin.


0 comments:

Post a Comment

 
;