Hari Jumaat selalunya merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu. Namun kerana perkara yang satu itu, mood dia betul-betul terganggu! Frust betul dia bila menjadi mangsa tindakan orang lain.
Nak dibiarkan dan diterima bulat-bulat memang mustahil. Nak tak nak terpaksa dia memaksa diri berdegil untuk tidak menerima macam tu saja. Arrghhhh! Stressnya rasa.
Macam ni lah kalau bekerja dalam satu jabatan. Macam-macam kerenah manusia. Kadang-kadang pahit betul untuk ditelan. Ada masa, ditelan salah, diluah salah. Semua jadi serba salah.
Semoga ada berita baiknya buatnya esok. Mesti tidur pun kurang lena nampaknya malam ini.
0 comments:
Post a Comment