Monday, July 4, 2022 1 comments

Berehat

 Lega rasanya hari ni bila dia akhirnya berkesempatan untuk ke pusat kitar semula. Dah lama buku-buku lama yang nak didermakan tu terjelepuk di tepi rak buku, sakit mata menengoknya. Apakan daya, masa tak mengizinkan lagi-lagi sejak dia terpaksa mengharungi sekurang-kurangnya 2 jam ke tempat kerja dan 2 jam perjalanan balik. Banyak masa yang terbazir hanya di jalanan.

Sesekali terpaksa mengambil cuti untuk urusan2 peribadi tapi diganggu juga oleh email2 urgent atau mesej2 melalui whatsapp yang wajib dijawab. Haru betul. Lainlah cerita kalau gaji berkepuk.

Oklah, lebih baik dia sambung berehat sebentar. Rehat fizikal dan emosi.

Sunday, July 3, 2022 0 comments

Erti pada Mimpi

 Tahun 2022 dah pun berlalu separuh tahun. Akhirnya barulah dia dapat meneliti sebentar minatnya yang dah lama terbengkalai.  Entah apa yang menghalangnya. Tak sempat sentiasa meniti di bibir mulut. 

Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih! Dia mengomel sendiri di dalam hati. Kalau begini, sampai bila-bila pun tak akan sempat. Harapkan mimpi saja nampaknya, tiada tindakan untuk menjadikan mimpi satu realiti. Getus hatinya, geram pada diri sendiri.

Hari ini dia mengambil cuti rehat daripada kerja yang tak akan pernah selesai walaupun seribu tahun lagi. Badannya penat, mentalnya lelah. 

"Sampai bila aku nak bekerja macam ni?" Setiap hari kelam kabut dan terkejar-kejar. Pelik betul dengan gaya kerja begitu. Seakan orang yang tenang-tenang sahaja tak perform dalam kerja. Tak faham apa yang dikejar tapi tak menyelesaikan masalah pun. Sekadar mencari jalan untuk menutup masalah segera umpama menyapu di bawah carpet.

Jarinya laju mengetik-ngetik papan keyboard. Konon-kononnya mencari kerja kosong. Bosan dah rasanya kerja 8-5 yang sudah seakan tiada makna.

Jiwanya meronta. Bukan kerana kerja. Kerja berat bagaimanapun tapi jika ada tujuan yang bemakna bukanlah satu masalah bagi dirinya. Dia sanggup. Tapi kerana hala tuju yang merapu.

Dia fikir dia ada pilihan. Apa salahnya. Yang penting, perancangan dan strategi mesti betul. Jangan buat tindakan semberono. Kelak merana diri.

Sekurang-kurangnya itulah motivasinya untuk hari ini. 

Mimpi tanpa tindakan manakan bererti. Misinya hari ini ialah memberi erti pada mimpinya.

InsyaAllah.



 
;