Sunday, June 28, 2020 0 comments

Fun day Sunday


Wednesday, June 24, 2020 0 comments

Mimpi Indah

Lokasi : Atas katil. Dalam rumah.

Setelah seharian dengan aktiviti dan pelbagai kerenah hidup, waktu tidur adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu. Kalaulah tidur itu boleh dianggap hobi, mesti bestkan. Tiada sesiapa boleh pertikaikan kalau kuat tidur!

Sambil menikmati bahagianya bila badan dapat berehat di atas tilam, fikirannya mula berangan-angan. Angan-angan yang manis2 dan indah2 pastinya. Moga terbawa dalam mimpi.

Selamat malam.


0 comments

Misi kulit Korea


Tuesday, June 23, 2020 0 comments

Hello Sunshine!

Lokasi : Taman Tasik.

Seingat-ingat dia, dah lama sangat rasanya dia mengikut rasa malas untuk membuat aktiviti luar atau riadah. Kebanyakan masanya dihabiskan untuk duduk di depan komputer atau melayan social media di telefon. Sampai kebas2 jari asyik memegang telefon. Kata orang sekarang, berjahit telefon di tangan!

Walaupun cukup kagum dengan budaya orang Korea yang rata2 lebih suka berjalan kaki, dia masih lagi kalah pada alasan. Alah, cuaca Malaysia panas tak sesejuk dan sesegar cuaca di Korea. Korea banyak tempat yang sesuai untuk pejalan kaki. Malaysia? Dan macam2 lagi walaupun hakikatnya nak pergi kedai yang sepelaung pun menaiki kereta dengan alasan tak larat nak bawa barang2 yang berat. Selagi boleh beri alasan, apa salahnya.

 Pagi ini ada masa terluang. Masa untuk menyeret diri sendiri beriadah. Cukup2lah beralasan.




0 comments

Rileks lah....

Lokasi : Atas sofa. Dalam rumah.

Akhir-akhir ini rasa untuk lebih banyak mendiamkan diri semakin menebal. Dia bukan lagi seorang yang kerap dilihat energetic dan bermotivasi tinggi. Padanya mengelakkan soal jawab berlebih2 atau perdebatan adalah lebih baik.
Kata orang tersilap kata buruk padahnya. Boleh terpendam tersimpan dalam lubuk hati menjadi marah atau dendam berpanjangan. 

Lebih baik diam2 sahaja. Yang tenang itu menang 😘  Boleh jadi motto hidup yang baru.




Saturday, June 13, 2020 0 comments

Azam tahun baru?

Lokasi : Atas katil; dalam rumah. 

Dibelek-beleknya semula catatan pada Diari 2020 yang masih banyak helaian kosong. Confirm banyak plan yang tertunda tahun ini dek kerana wabak Covid-19. Yang pastinya bukan dia seorang terkesan malahan satu dunia! Jadi apa yang perlu dirunsingkan, bisik hatinya.

Mata tertumpu pada azam tahun baru 2020. Majoritinya pun azam recycle tahun-tahun sudah. Nampaknya akan ada yang masuk recycle bin lagi tahun depan. Apa salahnya asalkan bukan masuk trash bin atau spam bin.

Dibaca list itu semula.
  • Berat badan ideal supaya sihat dan cantik mata memandang. Paling penting supaya diri sendiri selesa
  • Hidup simple dan tak serabut dengan barang-barang; kata orang minimalist. Boleh berjimat dan lebihkan menabung supaya dapat selalu travel
  • Jangan banyak fikir tentang masa depan atau layan-layan kenangan semalam, fikirkan tentang present moment. Be mindful

Alah, pendek sangat pun list tu. Tak susah mana. Pendekkan cerita, hidup tanpa ropol. Minimalist secara fizikal supaya lemak-lemak tepu tak bersarang. Minimalist harta benda dan barang-barang supaya tak serabut dan jimat duit. Minimalist mental atau minda daripada fikir perkara-perkara tak perlu. Alahai, mudah sangat pun. Girang rasa hati. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam. Kita tengoklah progress akhir tahun nanti. Ini pun dah habis separuh tahun.


 
;