Tuesday, June 23, 2020

Hello Sunshine!

Lokasi : Taman Tasik.

Seingat-ingat dia, dah lama sangat rasanya dia mengikut rasa malas untuk membuat aktiviti luar atau riadah. Kebanyakan masanya dihabiskan untuk duduk di depan komputer atau melayan social media di telefon. Sampai kebas2 jari asyik memegang telefon. Kata orang sekarang, berjahit telefon di tangan!

Walaupun cukup kagum dengan budaya orang Korea yang rata2 lebih suka berjalan kaki, dia masih lagi kalah pada alasan. Alah, cuaca Malaysia panas tak sesejuk dan sesegar cuaca di Korea. Korea banyak tempat yang sesuai untuk pejalan kaki. Malaysia? Dan macam2 lagi walaupun hakikatnya nak pergi kedai yang sepelaung pun menaiki kereta dengan alasan tak larat nak bawa barang2 yang berat. Selagi boleh beri alasan, apa salahnya.

 Pagi ini ada masa terluang. Masa untuk menyeret diri sendiri beriadah. Cukup2lah beralasan.




0 comments:

Post a Comment

 
;