Lokasi : Atas katil; dalam rumah.
Dibelek-beleknya semula catatan pada Diari 2020 yang masih banyak helaian kosong. Confirm banyak plan yang tertunda tahun ini dek kerana wabak Covid-19. Yang pastinya bukan dia seorang terkesan malahan satu dunia! Jadi apa yang perlu dirunsingkan, bisik hatinya.
Mata tertumpu pada azam tahun baru 2020. Majoritinya pun azam recycle tahun-tahun sudah. Nampaknya akan ada yang masuk recycle bin lagi tahun depan. Apa salahnya asalkan bukan masuk trash bin atau spam bin.
Dibaca list itu semula.
- Berat badan ideal supaya sihat dan cantik mata memandang. Paling penting supaya diri sendiri selesa
- Hidup simple dan tak serabut dengan barang-barang; kata orang minimalist. Boleh berjimat dan lebihkan menabung supaya dapat selalu travel
- Jangan banyak fikir tentang masa depan atau layan-layan kenangan semalam, fikirkan tentang present moment. Be mindful
Alah, pendek sangat pun list tu. Tak susah mana. Pendekkan cerita, hidup tanpa ropol. Minimalist secara fizikal supaya lemak-lemak tepu tak bersarang. Minimalist harta benda dan barang-barang supaya tak serabut dan jimat duit. Minimalist mental atau minda daripada fikir perkara-perkara tak perlu. Alahai, mudah sangat pun. Girang rasa hati. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam. Kita tengoklah progress akhir tahun nanti. Ini pun dah habis separuh tahun.
0 comments:
Post a Comment